Laman Kami: Minggu Ketiga

Pohon-pohon yang sudah ditanam

Beberapa pohon yang sudah ditanam pada minggu kedua

Taman pada minggu kedua

Laman yang dahulunya menyerupai
semak kini kelihatan lebih kemas

Pohon-pohon di dalam kotak taman

Pohon ditanam di dalam
kotak taman buatan sendiri
Nama pohon ditulis pada pisau plastik

Pada minggu ketiga taman kelihatan lebih cantik dan bertambah hijau. Terdapat banyak tumbuhan dan kotak taman juga telah diletak, seperti dalam gambar.

Setelah memilih beberapa jenis pohon untuk ditanam di taman kami, kami menghabiskan minggu kedua dan ketiga untuk memikirkan cara mencantikkan taman ini sedikit.

Mencantikkan taman

Bersihkan kawasan tanah

Kawasan yang dipenuhi pohon
liar dibersihkan dan dilapik dengan jaring...


Ada banyak cara yang dapat digunakan untuk mencantikkan laman. Setelah memikirkan pilihan dan berbincang panjang lebar sambil menikmati bagel dengan cream cheese disertai dengan kopi espresso dan iced mocha, kami memutuskan untuk mengguna batu sungai untuk menutup tanah.



Batu sungai diletakkan pada kawasan yang sudah dibersihakan

...dan kemudian batu sungai diletakkan di atas jaring

Kami mula dengan batu kelabu saiz sederhana (20 kg) sebagai percubaan. Tanah diratakan dahulu dan dilapik dengan jaring. Kemudian batu ditaburkan di atas jaring. Kami guna 20 kg batu saiz sederhana untuk mengukur kawasan yang dapat dilitup -- 20 kg hanya dapat menutup kawasan kecil sahaja (lebih kurang 1.0m x 0.5m), tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya kami dapat anggaran yang lebih tepat tentang jumlah batu yang akan diperlukan untuk melitup taman kami.

Kami berharap untuk melitup seluruh taman dengan batu sungai, akan tetapi kami ingin membuat corak dengan batu-batu ini dengan menggunakan batu yang berwarna berlainan sedikit, yakni warni kelabu cerah putih-putihan dan kelabu gelap.

Tanaman baharu

Tanaman baru: bawang

Bawang yang baharu ditanam di dalam pasu

Tanaman baharu minggu ini ialah bawang (Allium cepa L.)

Lima ulas bawang ditanam didalam pasu.

Semoga pohon-pohon ini akan tumbuh serta menyemarak dan menghasilkan...bawang!







Perubahan terakhir:Sab Jan 09 11:19:04 MYT 2016