Laman Kami: Sitrep minggu keempat dan seterusnya

Bawang yang berpucuk

Bawang yang sudah berpucuk

Sukacita dilaporkan kecuali beberapa pohon, kesemua tanaman dalam keadaan sihat dan perkembangan pohon-pohon menggalakkan.

Selepas bertungkus lumus mengangkat batu, memugar tanah, memancut air, 'menye-pray' ubat anti-serangga dan sebagainya, nampaknya usaha-usaha kami sudah menghasilkan erm...buah (seperti buah cili).

Perkara-perkara khusus

* Bawang

Tanaman bawang juga nampaknya, kata orang Minang, lah nak manjadi. Seperti yang dapek dicaliak dalam gambar, bawang sudah mula berpucuk.

* Pokok bunga melur/melati

Bawang yang berpucuk

Pokok bunga melur yang sudah...berbunga

Nampaknya pohon ini sudah berbunga. Yahoo!

Nah ini ada pantun sedikit bagi meraikan ini:

Daun siriah di dalam guni,
Lataknyo pinang di dalam balango;
Ilang panek ambo kini,
Batang melati rancak babungo.

Lataknyo pinang di dalam balango,
Kapuanyo pulo ateh pinggan;
Jikok nan ditanam alah babungo,
Alamaiknyo dapek den buekan taman.
  


* Pokok dalam ICU

Pohon daun kari tak berapa menjadi

Daun kari kini dalam ICU.

Kami tidak tahu mengapa tapi daun kari tidak bertumbuh seperti yang disangka, malah diharapkan seperti yang dapat dilihat dalam gambar (garpu plastik ialah sebahagian daripada 'defensive works' bagi menghalang kucing daripada menggunakan pasu sebagai tandas).

Berkemungkinan pohon ini diserang serangga perosak ataupun penyakit ekoran jangkitan bakteria atau fungus. Ini belum dapat dipastikan lagi dan kajian mendalam masih sedang dilakukan.

Apapun, kami telah pun meletakkan pohon ini dalam penjagaan intensif atau ICU (ward rounds dua kali sehari, tak kira hujan atau paneh, tanah diperiksa dan dipugar bila perlu, daun diperiksa, makanan dan cecair diberi mengikut jadual, dll). Moga-moga ia akan pulih dan bertumbuh dengan baik.

Sitrep berakhir.

Perubahan terakhir:Rab Jan 20 09:56 MYT 2016