Pohon-pohon jenis "ground cover"
yang baru ditanam
Sudah tentu sitrep tidak dapat diberi tepat pada Jam 1200 Zulu setiap minggu kerana pohon-pohon tidak tumbuh mengikut jadual ketat atau kadar yang piawai. Namun demikian, sukacita dilaporkan hampir kesemua tanaman berada dalam keadaan sihat dan perkembangan pohon-pohon amat menggalakkan.
Perkara-perkara khusus
* Cili
Dukacita dimaklumkan bahawa mahupun kami telah bertungkus lumus untuk menyelamatkannya, kedua-dua pohon cili telah mati (kemungkinan besar akibat serangan serangga).
Gejala-gejala termasuk bintik-bintik putih di bawah daun yang kemudiannya menjadi layu dan kering. Mahupun pohon tetap menghasilkan buah cili, lama kelamaan daun serta ranting terus mengecut, mengering dan meninggal.
Gambar pohon-pohon malang ini tidak dimuat naik kerana kami masih bersedih tentang setback ini.
* Pohon keluar dari ICU
Ulam raja kini
tumbuh dengan baik
+ Ulam raja
Pohon ulam raja (gambar kanan) yang juga diletakkan di bawah perhatian khas buat beberapa ketika dahulu. Kini pohon ini sudah tumbuh dan berkembang dengan baik, dan kebetulan kami juga dapek mambueknyo sabagai ulam ari ko.
+ Daun kari
Daun kari OK
Pohon daun kari (gambar kiri) yang diletakkan di dalam ICU buat beberapa keika dahulu nampaknya sudah pulih dan tumbuh macam biasa. Ini amat menggalakkan.
* Pudina
Kelompok pohon pudina.
Di sebelah kanan ialah pohon kesom
Pudina juga nampaknya sedang berkembang dengan baik selepas diletak di luar penghadang matahari. Kendatipun pohon pudina memerlukan tanah yang agak berliang (porous), ia memerlukan banyak air dan perlu disiram dua kali sehari.
Tak perlulah disebut bahawa ambo kini ko sakaluargo lah minum banyak cangkia mint tea, atau kato urang awak, the a la menthe. Ohh, lamak bana rasonyo, ilang raso panek jariah ambo dibueknyo. Kanpai!
Sitrep berakhir.