Laman Web Cilipadi
Selamat datang!
Benvenuti!
Laman Taman Kami
Il Nostro Giardino

Laman ini diwujudkan sebagai sebuah rekod usaha kami (AHS dan ZMY) berdua membina sebuah taman di rumah kami di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kami menaruh harapan yang anda akan mendapat manfaat daripada laman ini.

Sekian, terima kasih.

Hari Pertama

Rumput panjang

Laman yang dahulunya kemas
kini kelihatan macam hutan

Umm, nampaknya laman rumah ini dah tak terjaga (tukang potong rumput cuti, balik Pakistan). Sesuatu perlu dilakukan sebelum MBSA datang dengan saman. Jelas sekali sesuatu perlu dilakukan.

Sudah tentu keadaan sedemikian tidak boleh dibenarkan berkekalan, jadi kami sebulat suara bersetuju untuk memperbaiki keadaan dengan membuat sebuah laman yang bukan sahaja cantik dan menarik, akan tetapi juga dapat menghasilkan beberapa pohon yang dapat digunakan buat memasak, sekaligus mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, yalah, dengan GST dan sebagainya. Selain itu kami juga ingin menggunakan apa yang dipanggil prinsip-prinsip Laman Islam atau "Islamic Garden" dalam projek kami.

Langkah Pertama

Semestinya, laman kami tidak akan setanding dengan laman-laman Islam klasik yang masyhur yang terdapat di Andalusia, Eropah Timur, Afrika Utara, Iran, sub-benua India dan beberapa tempat lagi - kami bukan khalifah atau sultan.

Pancutan air di laman Alhambra

Laman Alhambra menunjukkan
unsur-unsur air
Gambar ehsan Wikipedia Commons

Akan tetapi, kami dapat menggunakan prinsip-prinsip sebuah laman Islam - buat orang-orang Islam zaman dahulu, tak kiralah sama ada mereka di Maghribi atau India, sesebuah laman itu mempunyai fungsi dan memeuaskan beberapa keperluan manusia. Laman itu memuaskan kemahuan untuk bercucuk tanam, untuk mengubah sebuah landskap semulajadi yang liar dan mengaturnya.

Buat orang Islam dahulu kala, sebuah laman itu menjadi ruang untuk menikmati alam dan juga berfikir tentang kejadian alam. Bersesuaian dengan kepercayaan orang Islam laman itu mencerminkan gambaran laman-laman alam akhirat yang dipenuhi pohon-pohon, sungai yang mengalir, keredupan, dan sebagainya, seperti yang terdapat di laman agung di kota Alhambra, Al-Andalus (sekarang Grenada, Sepanyol).

Sepatah dua kata tentang alat kegemaran kami...cangkul!

Cangkul kecil

Alat kegemaran -- cangkul kecil

Tidak syak lagi alat pertanian tradisional, cangkul -- lebih tepat cangkul kecil -- menjadi alat kegemaran kami semamsa bercucuk tanam. Alat ini amat berguna, orang Itali kata utensile bella, buat seseorang pekebun atau petani. Alat ini sangat utile untuk memugar tanah dan juga untuk mencantas rumput-rampai. Selain itu ia juga dapat digunakan (selain daripada penyodok) untuk menggaul tanah dan baja.

Rupa-rupanya cangkul ini direka di rantau ini dan tidak diimport dari rantau lain. Reka bentuknya menyerupai beliung, alat carpentiare yang digunakan buat mengetam kayu; hanya bilah cangkul agak lebih lebar daripada bilah beliung.

Tak tahu kenapa, tapi cangkul sangat serasi sehinggakan kami menggunanya bukan sahaja untuk memugar tanah di tapak semaian, tetapi juga untuk memugar il terreno di dalam pasu.


Langkah Kedua

Langkah kedua ialah untuk mencari ilham. Kerja mudah di Shah Alam kerana terdapat banyak laman-laman awam yang dipenuhi tumbuhan-tumbuhan yang cantik. Kami hanya perlu bersiar-siar di Taman Tasik ataupun di kawasan-kawasan berdekatan dengan Masjid Sultan Salahuddin untuk mendapatkan ilham.

Langkah Ketiga

Setelah mendapatkan ilham, langkah seterusnya ialah untuk merancang jenis tumbuhan yang akan ditanam. Oleh sebab kami mahu laman ini produktif, selain daripada memilih pohon bunga, kami juga merancang untuk menanam pohon yang bahagian-bahagiannya dapat digunakan untuk memasak.







Perubahan: Ahd Jan 03 12:25:15 MYT 2016
Perubahan terakhir: Sab Jan 09 11:49:54 MYT 2016
Log: Tambah pautan kepada ms baru